Sunday 30 September 2012

PENJODOH BILANGAN

Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan dengan kata bilangan seperti “se”, “satu”, “tiga”, dan sebagainya untuk menunjukkan bilangan kata nama konkrit seperti manusia, haiwan, benda, atau tempat.

Penjodoh bilangan digunakan selepas kata bilangan atau sebelum kata nama yang mengikutinya.
Namun begitu, terdapat juga penjodoh bilangan yang tidak digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.
Contohnya:
1. Semua gadis bukan Semua orang gadis
2. Seluruh negara bukan Seluruh buah negara

Penjodoh Bilangan dan Penggunaan Contoh ayat

Angkatan
 
Kumpulan manuisia atau benda.
Contoh : kapal laut, tentera, belia, sasterawan
1.Angkatan tetera Malaysia akan berlepas ke negara tersebut, esok.
2. Beliau ialah ahli angkatan penulis muda.
 
Batang
 
Benda yang panjang,keras dan lurus
Contoh: galah,gigi,jalan,jari
1.Beberapa batang gigi adik telah rosak.
2.Atuk berjalan dengan menggunakan sebatang tongkat.

Bungkus 
 
Makanan atau benda yang dibalut
Contoh: mi, nasi lemak, roti, coklat. kain,kacang,rokok
1.Hani minum sebungkus air tebu pada waktu rehat.
2.Encik Ali memberi sebungkus pakaian kepada pengemis itu.

Helai
 
Benda yang tipis,lembut dan lebar
Contoh: baju,daun, kertas rambut,seluar ,tuala
1.Fatin menyidai sehelai tuala di ampaian.
2. Fatimah menempah sehelai gaun untuk majlis hari jadinya.

Das
 
Bunyi letupan atau tembakan
Contoh: meriam, pistol, senapang
1.Polis melepaskan beberapa das tembakan ke arah sasaran.
2. Sedas tembakan meriam sudah cukup untukmenghancurkan kampung itu.

Ekar
 
Ukuran luas sesuatu kawasan
Contoh:tanah,sawah,ladang
1.Pak Mat telah menjual seekar tanah padi kepada peniaga itu.
2.Bendang yang seekar itulah yang menjadi rebutan anak-anaknya.

Ikat
 
Benda yang diikat
Contoh: sayur-sayuran,buah-buahan,lidi ,atap
1.Zakirah membeli seikat lidi di kedai Pak Leman.
2. Ibu membeli dua ikat sayur sawi untuk digoreng.

Gumpal
 
Benda yang bergumpal
Contoh: rambut,kekabu,awan,benang,tanah,kapas
1.Kakak membuang segumpal rambut yang terselit pada sikat ke dalam tong sampah.
2.Adik mencipta beruang mainannya daripada segumpal tanah liat.

Rumpun
 
Tumbuh-tumbuhan yang tumbuh berkumpul.
Contoh: lalang, serai, buluh, tebu,pandan,padi
1.Pak Mail menanam beberapa rumpun serai di belakang rumahnya.
2.Kucing itu bersembunyi di dalam serumpun lalang.

Mayang
 
Buah-buahan yang mempunyai tangkai
Contoh: pinang,kelapa,pisang
 1.Bapa memetik semayang pinang.
2.Pak Seman memetik semayang kelapa muda untuk dibuat minuman.


Soalan latihan

Gariskan jawapan yang betul.

1. Pemburu itu menyandang (sebatang,selaras) senapang pada bahunya.
2. Fatinah yang kuat makan itu dapat menghabiskan lima (suap.bungkus) nasi lemak dalam satu masa.
3. Shazlan mengait (segugus,seberkas) rambutan dengan sebatang galah yang panjang.
4. Mak Munah dapat membuat dua (ikat,batang) penyapu lidi daripada daun kelapa yang dirautnya.
5. Di belakang rumah saya ada se(batang,rumpun) pokok rambutan yang berbuah lebat.
6. Ayah menyimpan(segugus,seberkas) kunci di dalam laci itu.
7. Penyanyi itu menerima berpuluh-puluh (kuntum,batang) bunga daripada para peminatnya selepas persembahannya tamat.
8. (Selonggok,setitik) dakwat terkena pada baju Azwani.
9. Perbarisan itu diketuai oleh (sepasukan,sebaris) pancaragam Angkatan Tentera Malaysia.
10. Shazlin memakai (sepasang,sebiji) cermin mata hitam sewaktu bersiar-siar di tepi pantai.